Barang-barang yang tidak mematuhi syarat keselamatan dan peraturan adalah tidak dibenarkan untuk disimpan di self-storage. Barang-barang ini termasuk:
- Bahan-bahan berbahaya seperti barangan letupan dan mudah terbakar
- Barang-barang mudah rosak yang boleh mereput, contohnya makanan yang terdedah
- Benda hidup seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan
- Barang-barang kecurian atau salah disisi undang-undang seperti dadah, senjata api dan lain-lain
Anda boleh menyimpan hampir apa-apa sahaja. Contoh barangan yang lazim disimpan adalah perabot, dokumen-dokumen penting, buku, bahan binaan, stok perdagangan, wain, barangan antik, peralatan sukan dan lain-lain. Anda juga boleh menyimpan koleksi anda dan apa-apa barangan yang anda menghargai tetapi tidak perlukan di rumah atau pejabat anda.
Jika anda tidak pasti sama ada barangan anda dibenarkan atau tidak untuk disimpan di kemudahan kami, sila hubungi mana-mana staf kami dan mereka akan membantu anda.
Ciri-ciri lazim yang ditawarkan di setiap fasiliti Extra Space Asia self-storage adalah:
- 24 jam akses x 7 hari tanpa had melalui akses kod pin yang terjamin
- 24 jam sistem keselamatan CCTV
- Sistem penggera individual bagi setiap unit self-storage
- Penggunaan troli, pallet jack dan tangga tanpa caj
- Bantuan tersedia dari staf kami yang berdedikasi
- Box Shop untuk memenuhi keperluan pembungkusan anda
- Hanya dua minggu notis penamatan diperlukan
- Tiada penalti untuk meningkatkan atau mengurangkan saiz unit self-storage yang anda perlukan (tertakluk kepada terma dan syarat)
Ciri-ciri khusus berbeza dari fasiliti ke fasiliti, dan juga tertakluk kepada unit yang sedia ada.
Berbeza dengan storan tradisional, self-storage membolehkan anda untuk menyewa ruang yang tepat dan sesuai dengan keperluan khusus anda. Anda tidak perlu membayar untuk ruang tambahan yang anda tidak perlukan dan saiz unit storan anda boleh ditingkatkan atau dikurangkan pada bila-bila masa (tertakluk kepada terma dan syarat).
Sebelum ini, pengguna storan peribadi atau perniagaan terpaksa bergantung kepada syarikat-syarikat dan organisasi storan yang besar untuk menyimpan barang-barang mereka bagi pihak mereka dengan akses terhad, tiada fleksibiliti dan kontrak jangka panjang.
Dengan self-storage, penyelesaian mudah kini terssedia.
Self-storage membolehkan orang ramai dan perniagaan untuk menyimpan barang-barang mereka, pada kadar yang berpatutan, untuk jangka masa yang fleksibel bermula daripada 2 minggu. Self-storage menyediakan unit-unit storan yang selamat untuk individu, keluarga dan perniagaan.
Dengan self-storage, rumah menjadi bebas dari kekusutan, perniagaan kecil mempunyai ruang untuk berkembang dan pelanggan kami mempunyai ketenangan fikiran bahawa barangan mereka berada di tempat yang selamat dengan akses 24 jam sehari.
Extra Space Asia menyediakan kemudahan self-storage yang moden, bersih, terang dan mempunyai sistem keselamatan 24 jam canggih termasuk sistem kod akses peribadi yang membolehkan pelanggan untuk mengakses unit storan mereka mengikut keselesaan mereka sendiri, tujuh hari seminggu, 365 hari setahun. Pelanggan menyewa unit yang bersih, kering, peribadi, serba lengkap dan menguncinya dengan mangga kunci milik mereka sendiri.
Self-storage menawarkan pelanggan pelbagai saiz unit storan, memberikan mereka fleksibiliti untuk menyewa saiz ruang mengikut keperluan mereka. Ini terdiri daripada unit loker kecil dan unit besar seperti unit storan 13 kaki persegi hingga unit storan sebesar 86 kaki persegi. Pelanggan juga bebas untuk meningkatkan atau mengurangkan saiz unit storan pada bila-bila (tertakluk kepada unit yang sedia ada).