1. Kosongkan bahan api dan minyak dari semua jentera. Ini akan mengurangkan risiko kebocoran, tumpahan dan kerosakan kepada barangan lain yang disimpan dalam ruang yang sama. Petrol dan minyak dalam jentera boleh menyebabkan kebakaran.
  1. Keluarkan bateri dalam semua peralatan yang menggunakan bateri untuk mengelakkan sebarang kerosakan kerana sel kering mudah terdedah kepada kebocoran.
  1. Peralatan elektrik yang sangat halus dan sensitif harus ditangani dengan baik. Kotak asal adalah sesuai untuk pembungkusan semula barangan elektronik. Membungkus barangan secara individu dalam pembungkus gelembung, membungkus mereka dalam kotak, dan menutup bahagian atas akan menawarkan perlindungan yang baik untuk barang-barang ini.
  2. Jangan lupa untuk memenuhi ruang atau jurang didalam kotak dengan pembungkus gelembung. Simpan gambar, rekod vinil, dan sebagainya pada bahagian hujung tepi mereka untuk mencegah meleding.
  3. Alat komputer memerlukan penjagaan khas. Kotak asal adalah sesuai untuk pembungkusan semula. Membungkus dalam pembungkus gelembung dan kotak sesuai turut berhasil.
  4. Sediakan perlindungan tambahan pada bahagian bawah dan atas kotak bungkusan. Ini memberi lebih perlindungan kepada barangan anda.
  1. Membungkus barangan perak dalam kertas tisu bebas asid atau plastik boleh menbantu mengurangkan kusam. Mengelap krom atau besi dengan sedikit minyak mesin akan membantu untuk melambatkan karat.
  1. Letakkan kepingan gambar di antara kepingan bersih dan pita bersama untuk mengelakkan penggulungan. Gambar-gambar sensitif kepada haba dan akan mengalami kerosakan jika suhu penyimpanan tidak dikawal mengikuti iklim. Pilihlah unit penyimpanan berhawa dingin untuk melindungi kenangan anda!
  1. Barang-barang ini perlu dilindungi oleh bahan (seperti pembungkus gelembung) pembungkusan atau disimpan secara menegak di dalam kotak yang rata (bukan dibaringkan diatas lantai). Asingkan pangkal lampu daripada bahagian lampu sebelum membungkus bagi meningkatkan perlindungan.
  1. Letakkan lapisan pembungkusan (contohnya kertas yang direnyuk atau linen) di bawah dan di atas kotak yang mengandungi barangan mudah pecah.
  2. Lindungi barangan mudah pecah dengan membungkus secara individu dalam bungkusan (surat khabar akan nampak tidak kemas dan mungkin boleh meninggalkan kesan). Kumpulkan cawan dan mangkuk, dirikan pinggan, kaca hidangan dan lain-lain pada hujung tepi mereka. Pembungkus gelembung memberi perlindungan yang terbaik bagi barangan mudah pecah.
  3. Isikan segala ruang atau jurang dalam kotak dengan bungkusan. Ini boleh melindungi barangan mudah pecah serta mengelakkan mereka daripada beralih atau bergerak ketika dalam pemindahan.
  4. Label semua kotak yang mengandungi barangan mudah pecah dan elakka daripada meletakkan barangan yang berat diatas mereka.
  1. Kosongkan segala kandungan almari dan laci untuk melindingi rangka dan struktur.
  2. Jika perlu, tanggalkan kaki perabot, contohnya asas katil, meja dan sebagainya untuk mengelakkan kerosakan serta menjimatkan ruang.
  3. Kerusi boleh ditimbun bersama untuk menjimatkan ruang. Tutup kaki kerusi dengan pembalut untuk perlindungan tambahan.
  4. Pakaian dan barangan persendirian harus dibungkus dalam kotak dengan beberapa ubat gegat untuk melindungi pakaian anda serta mengekalkan pakaian dalam keadaan baik.
  5. Elakkan menyimpan pakaian anda didalam plastik untuk mengelakkan kelembapan daripada terperangkap dan menyebabkan pembiakan kulat.
  6. Vakum segala kotoran dan sisa makanan dari sofa bagi mengelakkan kehadiran serangga perosak.
  7. Sediakan kain lebihan untuk menutup perabot berupholsteri seperti tilam dan sofa untuk bemberi lebih perlindungan.
  8. Tilam boleh disimpan secara menegak dan diletakkan di atas kepingan bagi meningkatkan perlindungan.
  1. Pastikan mesin basuh kering dan bebas daripada air sebelum mula menyimpan dan pastikan hos yang menjuntai terikat. Peralatan haruslah dibersihkan dan dikeringkan sebelum menyimpan. Anda turut boleh mengelap bahagian dalaman mesin basuh dengan sodium bikarbonat sebelum menyimpan.
  1. Peti sejuk dan penyejuk beku harus dibersihkan secara menyeluruh dan dipastikan kering sebelum disimpan. Apabila dalam simpanan, pintu haruslah sedikit terbuka untuk menghentikan pemeluwapan terjadi dan mengelak bau busuk berlaku.
  2. Pastikan peti sejuk dan penyejuk beku telah dinyahfros dan kering dengan sempurna sebelum menyimpan untuk mengelakkan kerosakan akibat pemeluwapan.
  3. Sediakan penyahbau didalam peti sejuk atau penyejuk beku saiz untuk mengekalkan kesegaran.
  4. Pastikan tiada barang-barang di dalam peti sejuk atau penyejuk beku bagi mengelakkan kerosakan.